Saturday, February 19, 2011

Statistik Pengguna Internet

Statistik Pengguna Internet


Fakta Internet.

Pada kali ini saya ingin kongsikan dengan anda mengenai Statistik Pengguna Internet. Semoga dengan statistik pengguna internet yang dikumpulkan ini dapat membuka mata anda kepada peluang perniagaan internet.

Jumlah Pengguna Internet Dunia.

Benua

Jumlah Pengguna Internet

Asia

364,270,713

Afrika

22,737,500

Eropah

290,121,957

Timur Tengah

18,203,500

Amerika Utara

225,801,428

America Selatan / Caribbean

79,033,597

Oceania / Australia

17,690,762

JUMLAH

1,018,057,389

Jumlah Pengguna Internet Malaysia dan Negara-Negara Jiran



Negara

Jumlah Pengguna Internet

Malaysia

10,040,000

Singapura

2,135,000

Brunei

35,000

Indonesia

15,300,000

Statistik tahun 2005 menunjukkan peluang yang amat besar untuk perniagaan Internet Secara keseluruhan:

Pengguna Internet di dunia pada Disember 2005 adalah 1,018,057,389 pengguna mengikut Internet World Stats. Menurut NITC, jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah sebanyak 10,040,000 pengguna pada Disember 2005. Jumlah ini adalah 38% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesar bertumpu di selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Sejak tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaan Internet di Malaysia adalah hampir 200%! Melihat statistik ini, ia menunjukkan pengguna Internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas.

Internet World Stats mencatatkan terdapat 364.3 juta pengguna Internet di Asia.
Jumlah ini adalah lebih dari pengguna Internet di Eropah (290.12 juta pengguna) dan
Amerika Syarikat (225.8 juta pengguna) pada Disember 2005.
Laporan Penggunaan Bahasa di Internet

Bahasa Malaysia:

Bahasa Malaysia digunakan oleh 2/3 daripada 10 Juta pengguna internet di Malaysia (menurut NITC: 2004). Bahasa Malaysia juga digunakan dan difahami oleh negara-negara jiran termasuk Indonesia (15 Juta pengguna), 15% daripada pengguna Internet Singapura (menurut ITU:2003), pengguna Internet di Brunei juga turut menambahkan kepada statistik penggunaan bahasa Malaysia. Jumlah keseluruhan pengguna Internet yang merupakan pengguna bahasa Malaysia adalah melebihi 25 juta pengguna Intenret!

Bahasa Inggeris:

Terdapat 226 juta pengguna Internet di Amerika, di mana di jangkakan 8.4 pengguna tidak tahu membaca dalam bahasa inggeris (menurut Ethnologue). Kanada, United Kingdom dan Australia, menyumbangkan lebih dari 70 juta penggunaan bahasa inggeris, menyumbangkan lebih dari 70 juta penggunaan bahasa inggeris.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan rata-rata digunakan sebagai pengantara perniagaan Internet antarabangsa. Negara-negara membangun juga di Asia, timur tengah dan Afrika selatan turut mendedahkan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan ini menymbangkan kepada majoriti pengguna Internet memahami bahasa inggeris.

Bahasa Cina:

Terdapat lebih dari 87 juta pengguna Internet di china (menurut CCNIC:2004). Hong Kong menyumbangkan 5 juta, Taiwan menyumbangkan 2.14 juta, juga Singapura menyumbangkan lebih daru 2 juta pengguna Internet berbahasa Cina. Itu menganggarkan 1/3 pengguna Internet Malaysia menggunakan Mandarin. Tambahan, lebih 2 juta pengguna Internet menggunakan bahasa cina adalah melebihi 100 juta pengguna.

Saya harap anda juga teruja dengan statistik di atas. Lihat betapa luasnya pasaran tempatan serta peluang perniagaan dala bahasa Malaysia. Lihat sahaja statistik pengguna Internet di Malaysia yang merupakan 38% daripdaa keseluruhan penduduk Malaysia. Adakah peratusan ini akan berkurangan pada tahun-tahun yang akan datang? Sudah tentunya tidak!

Bagaimana pula dengan jumlah penggunaan Internt sedunia iaitu melebihi 1 billion? Setiap tahun, kenaikan jumlah pengguna Internet naik dengan mendadak sejajar dengan perkembangan teknologi.

No comments: