Saturday, February 19, 2011

Kejayaan dan Kegagalan

Pagi ini saya ronda-ronda blog orang. Terjumpa dengan satu cerita yang indah untuk di kisahkan. Macam biasa, saya takkan lupa untuk kongsikan dengan semua pembaca saya. Kredit cerita ini di berikan kepada pemilik blog,
Setelah habis kuliah, saya lihat seorang sahabat saya keseorang sedang menangis. Punca sebenarnya saya tidak tahu, cuma apabila ditanya rakannya yang lain, dikatakan dia kecewa kerana gagal mendapat apa yang dia inginkan. Lebih kurang begitu cerita mereka.
Saya cuba juga untuk memberi sedikt motivasi atau sedikit kekuatan padanya. Saya menghampirinya.
“ Azwaa, boleh tunjukkan iz bintang di langit” Azwaa memandang saya.
“ Mana boleh Nampak, siang..” Saya tersenyum memandangnya. Betul.
“ Jadi, macam mana nak Nampak bintang-bintang tu?”
“ Erm, kenela tunngu malam, langit gelap baru boleh nampak” sekadar dengan intonasi yang masih lemah Azwaa membalas.
“ A’ah, betul. Kalau macam tu, kegagalan dan kejayaan juga ibarat bintang di langit yang gelap. Kejayaan adalah bintang yang bersinar sedang kegagalan adalah langit yang pekat gelap. Maka, kejayaan hanya akan terserlah apabila adanya kegagalan ,macam bintang tu, kan ia akan nampak kalau langit tu gelap”. Kami berdua berpaling merenung langit yang garang mencerah.
Saya lihat ada segaris senyum semanis gula terukir di wajahnya. Sahabat, siapa yang tidak pernah gagal? Saya juga seorang yang pernah gagal. Orang kata, kegagalan adalah kejayaan yang tertunda. Belum ada lagi formula yang mengatakan kegagalan akan berakhir dengan kegagalan. Betul bukan? Yang banyak terbukti adalah kegagalan akan berakhir dengan kejayaan yang cukup bermakna jika kita sama-sama bangkit!
Itu Cuma untuk puaskan hatu saya je kot.?????????

No comments: