Tuesday, May 5, 2009

kerja part time online.

Moga ketika Anda sedang membaca catatan ini, Anda berada dalam keadaan sihat sejahtera, cergas hendaknya. Hidup kita kena selalu cergas. macam enjin kereta, kena selalu cergas, selalu panas supaya jalannya lancar saja.

Badan kita bila dah tak cergas, asyik sejuk memanjang, akibatnya kita susah nak bergerak pantas. Kita akan jadi pemalas, kuat mengantuk dan lebih banyak bertangguh-tangguh. Senang cerita, kita akan jadi orang yang tak ada semangat memperbaiki hidup. Semuanya berlaku sebab kita kurang cergas.

Cemana dengan Anda yang sekarang ni masih student? Cerita sekarang, ramai student U (universiti) dok buat bisnes part time melalui internet. Bagi saya ini satu perkembangan bagus!. Tak perlulah kita asyik harap duit PTPTN atau FAMA ( Father and Mama) untuk cover kos pelajaran mahupun kos kehidupan.

Duit yang paling memuaskan hati adalah duit yang dicari sendiri. Bagi saya tak mustahil student universiti cari duit melalui internet sebab ada beribu peluang untuk mereka cari rezeki halal di internet.

Lagipun, dalam sehari beratus kali diorang bukak internet. Kebanyakan maktab perguruan, kolej swasta dan Universiti sekarang ada kemudahan WiFi percuma atau liputan internet percuma, biasanya kat perpustakaan atau di sekitar dewan kuliah.

Cari maklumat untuk buat assignment, itu perkara utama. Selain cari maklumat, diorang akan cari kenalan. Hari ni laptop yang dulu banyak yang mahal, dah semakin murah. Mana-mana student U memang mampu mendapatkan satu laptop.

Setiap 6 bulan, pasti ada model baru yang akan keluar dan harganya jauh lebih murah. Kat mana-mana saya pergi, mesti saya ternampak budak-budak U bawak laptop jenama Acer Aspire One atau HP Mini.

Kedua-dua laptop tu jenis kecik, murah pula. Laptop lain, harga paling murah sekitar RM1400-RM1,700.

Itu belum cerita lagi laptop-laptop second hand dan laptop terpakai yang dijual kat laman Lelong.com.my, eBay Malaysia atau Mudah.com.my. Leh dapat harga sekitar RM500-RM1,200 sebuah.

Student U ada masa yang banyak dihujung minggu, Sabtu dan Ahad. Kekadang, dalam sehari, cuma ada 2 atau 3 kelas, lepas tu relaks. Dari asyik jenjalan tak tentu arah, baik cari duit di internet.

Pada awal semester, assignment tak banyak, test tak banyak tapi rest yang banyak. Anda sebagai student U patut gunakan peluang tu untuk cari duit. Nak harap duit PTPTN, keluar U nanti, belum ada kerja, dah ada hutang.

Ada beberapa student yang saya kenal, aktif menjadi freelancer di Interent. Diorang tulis artikel, kemudian artikel diorang tu akan dibayar ikut berapa banyak yang diorang tulis dan kualitinya.

Ada lagi tu, buat blog macam saya ni, pastu dia tulis macam-macam. Bila ramai orang baca apa yang dia tulis, dia dapat income - dari Google Adsense ngan Nuffnang. Ada juga yang jai affiliate, jual produk-produk ClickBank. Dua minggu sekali dapat cek.

Syabas pada student U yang gigih cari duit di internet. Saya bangga kerana Anda berusaha dengan kudrat sendiri, rajin mencari ilmu, tekad nak berjaya di usia muda. Moga ada ribuan anak-anak muda bersemangat tinggi macam Anda.

Dari mana diorang tahu pasal Nuffnang? Dari blog iMotivasi juga. Terima kasih buat Nuffnang, membuka peluang pada saya dan mereka untuk mencari rezeki di Internet.

No comments: