Tuesday, May 12, 2009

Menjadi Diri Sendiri







Kebebasan itu mahal harganya. Setiap sisi individu, selalu ada keinginan untuk bebas. Bebas berpikir, bebas bereksplorasi, bebas dari segala tekanan, bebas dari rasa takut. Sering kita mengabaikan suara hati, karena terlalu takut dengan makhluk yang bernama "resiko". Berbagai bentuk ketakutan selalu menghantui. Takut tidak mendapat pekerjaan, takut ditolak, takut tidak bisa makan, takut apa kata orang, takut kalau-kalau ...takut, jangan-jangan.



Takut inilah yang menjadi kerikil atau pasir dalam mesin kehidupan kita, sehingga kita tidak mampu lepas menjadi diri sendiri. Dan tidak mampu bangga dengan diri sendiri. Sering ketakutan itu dibentuk dari masa kecil, sehingga orang tua kita terlalu gelisah dengan diri kita, orang tua kita takut bila terjadi apa-apa dengan kita, sehingga ketika akan melangkah atau berbuat sesuatu mereka akan berkata" Jangan.!!!!!!...nanti kamu begini , nanti kamu begitu ...". "Awas...nanti jatuh ". Dari peringatan-peringatan itu, terbentuklah pola pikir untuk tidak mengambil resiko, karena ada warning dengan "failure statement". Akhirnya, kita tidak pernah berani berbuat.



Pola itu terbawa sampai sekarang. Selalu dibawah bayang-bayang ketakutan yang tidak beralasan. Ketakutan itu kita simpan dengan rapi. Dan kadang begitu dinikmati. Karena, kita ingin selalu melewati jalan aman dan terjamin. Terjamin hidup , terjamin hari tua, terjamin tunjangan, terjamin jabatan.....dan terjamin penghidupan. "Resiko itu bukan milik kita, tapi milik mereka,


Lalu, kenapa menjadi diri sendiri dengan kebebasan yang berarti? Ah ... aku juga tidak pasti. Karena aku sudah puas dengan diri ini. Dan tidak mau berkembang lagi, karena takut akan jatuh lagi.

Tuesday, May 5, 2009

Pengembangan Diri, bermula Dari Mana



Sahabat sekalian, pengembangan dan kematangan diri adalah kata yang sering kita dengar sehari - hari. Dan kerap sangat mudah untuk diucapkan namun kenyataannya tidaklah semudah yang diperkirakan. Jika ditanya pengembangan diri dimulai dari mana? Apakah anda tahu dan ada jawabannya? resah dan ingin tahu, mari kita semak bersama...

Pada dasarnya segala sesuatu itu mesti tumbuh dan berkembang. Jika tidak maka ia akan layu dan mati. Demikian juga dengan manusia. Kita perlu dan harus terus meningkatkan kuality diri agar tetap survive, tumbuh dan berkembang di tengah dunia yang makin hari makin cepat perubahan dan perkembangannya ini.

Karena itu pengembangan diri itu wajib hukumnya kalau kita, saya dan anda tidak ingin dihiris oleh laju roda perubahan yang makin hari makin cepat.seakan seperti bunyi hukum alam yang terkenal itu. "siapa yang paling kuatlah yang akan setiasa bertahan" Proses perkenbangan alam seperti teori Darwin menaytakan berlaku dalam proses pengembangan diri.

Lantas pertanyaannya, sebenarnya pengembangan diri itu dimulai dari mana ? Jawabannya sangat sederhana. Pengembangan diri itu dimulai dari diri sendiri yang sadar akan pentingnya pengembangan diri agar sentasa berjaya dalam hidup.

Intinya, harus ada kesadaran bahwa pengembangan diri itu tidak instant. Tidak sekali jadi atau terjadi dalam waktu yang singkat, Karena pengembangan diri itu tidak mudah.

Setelah itu? Apakah cukup dengan sekedar sadar saja? Jawabannya sudah pasti tidak. Kesadaran hanyalah awal. Selanjutnya anda harus tetap belajar dan terus bertindak. Karena jika tidak, kesadaran tidak akan menjadikan anda sukses. Anda perlu terus belajar dan bertindak. Keep ACTION to success.

Jadi, rumus sederhananya adalah:

Sadar + Belajar + Keep ACTION + Terus Mengembangkan Diri = Sukses

Bagaimana menurut anda? Atau anda memiliki pendapat yang berbaza, silahkan disampaikan disini...

Rahsiakan Maklumat Diri



Amaran Keselamatan. Awas! Maklumat peribadi anda mungkin disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu

Semasa berurusan di internet, kita pastinya diminta dengan pelbagai soalan mengenai maklumat peribadi seperti nombor akaun, kad pengenalan, alamat dan sebagainya. Pastikan kita mempunyai ilmu serta maklumat secukupnya berkenaan selok-belok perdagangan di internet (e-niaga) jika sekiranya kita ingin berurus niaga di internet.Sebelum memulakan atau melakukan apa- apa transaksi atas talian maya, kita perlu mempercayai laman web atau blog tersebut.

Satu cara mudah adalah dengan menggunakan kaedah carian nama laman web tersebut di Google atau Yahoo. Jika hasil carian anda menunjukkan banyak pengguna yang tidak berpuas hati dengan peniaga atas talian tersebut, mungkin anda perlu lebih berhati-hati.

Pastikan laman atau blog peniaga tersebut ada menyatakan alamat dan nombor telefon sebenar perniagaan mereka. Melakukan siasatan awal secara sendiri adalah lebih baik untuk memastikan maklumat tersebut benar dan boleh dipercayai.

Pertama,

Anda lihat di ruang alamat di browser internet anda, huruf “s” di https://, alamat tersebut merujuk kepada transaksi yang selamat dan boleh diyakini. Lihat juga logo “mangga kunci” ( di bahagian bawah, kanan browser anda (di sebelah ruang alamat untuk Internet Explorer versi 7). Ini menunjukkan transaksi anda mempunyai enkripsi. Untuk memastikan anda berada di laman web yang sah dan bukan laman web yang ditiru, klik kanan di mana-mana di laman tersebut dan pilih properties. Anda boleh melihat alamat dan maklumat sebenar laman tersebut jika laman tersebut mempunyai enkripsi. Siasat dan dapatkan ilmu kepenggunaan dari masa ke semasa.

Kedua,

Apabila anda mendapat SMS yang menyatakan anda pemenang cabutan bertuah, pelanggan bertuah atau mendapat hadiah-hadiah lumayan dan di luar jangkaan nilainya dan wang hadiah akan dimasukkan ke dalam akaun anda. Di mana, anda hanya perlu memberikan nombor akaun bank.

Awas serta berhati-hatilah!, buat pemeriksaan lanjut sebelum anda tertipu, jangan telalu ghairah untuk mendapat untung ataupun menjadi kaya dan terus memberikan nombor akaun, nama, alamat atau segala maklumat yang diminta kepada pihak yang tidak dikenali. Fikir-fikirkanlah, anda bekerja keras untuk mendapatkan wang, tak mungkin wang boleh bergolek ke riba anda dan sebegitu mudah dengan hanya satu cabutan yang dikatakan bertuah itu!

Pengguna Bijak, Pengguna Selamat!

Pengguna bijak sahajalah yang mampu menjadi pengguna yang selamat dan berkuasa. Semakin tinggi ilmu kita sebagai pengguna maka semakin bijak dan terlindung kita dari segala penipuan.

Laporkan segera kepada talian utama di 1 800 886 600 atau boleh juga SMS ke 32255. Bersama kita menjadi pengguna yang bijak kerana “Kuasa Di tangan Anda”.

Penjual Tempe

Barangkali ada yang sudah membaca kisah ini.
Saya terjumpa dengan cerita ini dari satu blog secara tak sengaja.Jadi, semoga bermanfaat ya!

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari …. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan suruhan tuhan yang menyatakan bahawa tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, “Ya tuhan, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe …. Amin”

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu !!!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.

Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Ya tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi !!!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada tuhan kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada tuhan, pasti tuhan akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Ya tuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya “Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan


Sudah anda subscribe ke blog ini? Isikan alamat email anda di ruangan di sebelah kanan blog ini untuk update terus ke email anda secara percuma

kerja part time online.

Moga ketika Anda sedang membaca catatan ini, Anda berada dalam keadaan sihat sejahtera, cergas hendaknya. Hidup kita kena selalu cergas. macam enjin kereta, kena selalu cergas, selalu panas supaya jalannya lancar saja.

Badan kita bila dah tak cergas, asyik sejuk memanjang, akibatnya kita susah nak bergerak pantas. Kita akan jadi pemalas, kuat mengantuk dan lebih banyak bertangguh-tangguh. Senang cerita, kita akan jadi orang yang tak ada semangat memperbaiki hidup. Semuanya berlaku sebab kita kurang cergas.

Cemana dengan Anda yang sekarang ni masih student? Cerita sekarang, ramai student U (universiti) dok buat bisnes part time melalui internet. Bagi saya ini satu perkembangan bagus!. Tak perlulah kita asyik harap duit PTPTN atau FAMA ( Father and Mama) untuk cover kos pelajaran mahupun kos kehidupan.

Duit yang paling memuaskan hati adalah duit yang dicari sendiri. Bagi saya tak mustahil student universiti cari duit melalui internet sebab ada beribu peluang untuk mereka cari rezeki halal di internet.

Lagipun, dalam sehari beratus kali diorang bukak internet. Kebanyakan maktab perguruan, kolej swasta dan Universiti sekarang ada kemudahan WiFi percuma atau liputan internet percuma, biasanya kat perpustakaan atau di sekitar dewan kuliah.

Cari maklumat untuk buat assignment, itu perkara utama. Selain cari maklumat, diorang akan cari kenalan. Hari ni laptop yang dulu banyak yang mahal, dah semakin murah. Mana-mana student U memang mampu mendapatkan satu laptop.

Setiap 6 bulan, pasti ada model baru yang akan keluar dan harganya jauh lebih murah. Kat mana-mana saya pergi, mesti saya ternampak budak-budak U bawak laptop jenama Acer Aspire One atau HP Mini.

Kedua-dua laptop tu jenis kecik, murah pula. Laptop lain, harga paling murah sekitar RM1400-RM1,700.

Itu belum cerita lagi laptop-laptop second hand dan laptop terpakai yang dijual kat laman Lelong.com.my, eBay Malaysia atau Mudah.com.my. Leh dapat harga sekitar RM500-RM1,200 sebuah.

Student U ada masa yang banyak dihujung minggu, Sabtu dan Ahad. Kekadang, dalam sehari, cuma ada 2 atau 3 kelas, lepas tu relaks. Dari asyik jenjalan tak tentu arah, baik cari duit di internet.

Pada awal semester, assignment tak banyak, test tak banyak tapi rest yang banyak. Anda sebagai student U patut gunakan peluang tu untuk cari duit. Nak harap duit PTPTN, keluar U nanti, belum ada kerja, dah ada hutang.

Ada beberapa student yang saya kenal, aktif menjadi freelancer di Interent. Diorang tulis artikel, kemudian artikel diorang tu akan dibayar ikut berapa banyak yang diorang tulis dan kualitinya.

Ada lagi tu, buat blog macam saya ni, pastu dia tulis macam-macam. Bila ramai orang baca apa yang dia tulis, dia dapat income - dari Google Adsense ngan Nuffnang. Ada juga yang jai affiliate, jual produk-produk ClickBank. Dua minggu sekali dapat cek.

Syabas pada student U yang gigih cari duit di internet. Saya bangga kerana Anda berusaha dengan kudrat sendiri, rajin mencari ilmu, tekad nak berjaya di usia muda. Moga ada ribuan anak-anak muda bersemangat tinggi macam Anda.

Dari mana diorang tahu pasal Nuffnang? Dari blog iMotivasi juga. Terima kasih buat Nuffnang, membuka peluang pada saya dan mereka untuk mencari rezeki di Internet.

Rajin Buat Sesuatu Yang Baik

Buatlah sesuatu yang baik kerana ia akan dikenang orang sampai bila-bila. Tak kisahlah oang nak balas ke tak bak balas, janji kita buat baik saja.

Nak lebih extra, fikir baik-baik pada semua orang, walau siapapun dia, walau di mana jua Anda berada. Anda tak akan rugi apa-apa atau kehilangan apa-apa. Bahkan, orang sekeliling akan mula menghormati Anda kerana tanggapan Anda baik-baik belaka.

Orang yang selalu buat sesuatu yang baik, mereka sentiasa gembira. Ini bukan megik, bukan cerita rekaan tapi cerita sebenar digarap dari kehidupan sebenar.

Dia akan selalu buat baik supaya dia sentiasa gembira berpanjangan. Lagi banyak dia buat baik, lagi banyak rasa gembira dia dapat.

Bila dia sentiasa gembira, rakan - rakan akan respek ngan dia, sesiapapun suka dengan dia, bangga bila sebut nama dia. Bila dia sentiasa gembira, rezekinya murah dan dia senang nak dapat apa yang dia nak. Kesan untuk jangka masa panjang, dia boleh mencapai kejayaan dalam apa jua yang dia usahakan.

Jika Anda nak berjaya sekarang ni, misalnya nak jadi orang berjaya, pekerja yang berjaya atau usahawan yang berjaya, ubah sikap serta merta. Kena selalu buat baik.

Kalo dulu jarang buat baik, kali ni rajin-rajinlah buat baik. Bila kita menerima ucapan terima kasih, entah cemana hati kita ni hepi semacam. Kita suka dengar bila ada orang ucap terima kasih. Bila dah hepi, kita akan jadi bersemangat dalam apa jua yang kita lakukan. Jadi semangat belajar, bekerja atau berniaga atau apa pun yang kita buat.

Buat baik, sesuaikan dengan situasi. Orang sekarang bijak-bijak belaka. Kita nak buat baik, kekadang diorang pergunakan kebaikan kita untuk kepentingan diorang. Kena hati-hati, kena bijak menafsir suasana.

Niat dalam hati, untuk buat sesuatu yang baik aje dah ada jadi satu point pahala dan berusaha untuk melakukannya, bertambah point tu…apa lagi,
orang yang hitam hati aje tak terfikir benda-benda nie…

jadi fikir_fikirkan...