Sunday, August 24, 2008

Aku Anak Perantua

salam............
buat semua .....

semua orang nak bercerita pengalaman hidup masing-masing dalam blog sebab tak terkata untuk mulut bersuara kerana takut tidak ada sesiapa yang sudi mendengar luahan bicara yang datangnya dari hati yang tulus. jadi di sini aku pun tertarik untuk menulis tentang pengalaman yang tak terluah sebab perasaan malu dan sebab-sebab tertentu.

bermulanya kisah hidup aku sebagai anak perantau di negeri orang sangat menyedihkan dan tak akan aku lupakan sampai bila-bila.aku dengan yakinnya berkata kepada diri sendiri bahawa aku boleh hidup sendiri tanpa bergantung dengan orang lain semasa melapor diri di kolej dulu, aku Cuma pergi bersorangan tanpa ditemani oleh keluarga .

Hari pertama aku dikelilingi oleh orang asing yang penuh dengan pelbagai ragam dan bertutur dalam loghat yang aku tak kurang paham akan tutur kata da budaya .entah ke mana menghilang keyakinanku untuk hidup tanpa bergantung kepada keluarga.hidupku sangat berbeza disini, penuh dengan tanda tanya dan memimpin yang aku tak pasti kemana . tapi kenapa kali ini aku tekad untuk berusaha untuk menjadi yakin kepada diri sendiri, untuk hidup berdikari.sebab kata hati ku yang sememang yang mahukan aku merantau jauh mencari pengalaman hidup.

Terigat juga dahulu dimana aku tidak tau langsung tentang apa krusus yang aku ambil. Dan persoalan yang bemain di minda aku ‘betulkah pilihan aku ni?’ .tapi tanpa pengorbanan dan langkah pertama yang aku ambil dulu mungkin aku tidak akan tau kemana arah tuju masa depan aku. Tetapi sekarang pengalaman telah banyak mengajar aku erti hidup.Dan mendewasakan aku dan sentiasa membuatkan aku sentaisa memenuh ilmu di dada bagi menghadapi lautan hidup yang begitu luas dan tak pasti berpenghujung.




sekarang 1 setengah tahun telah berlalu.dan sememangny banyak yang aku belajar sebagai seorang perantau, banyak pahit manis yang aku tempuhi. banyak pengalaman dan pengajaran yang aku dapat. banyak ilmu Islam,dan budaya orang yang aku kumpul di sini. baru aku sedar pengalaman hidup aku telah lama bermula. baru aku sedar bahawa aku yang menentukan arah tuju aku. aku yang memilih kehidupan ini, hanya aku yang menerima baik buruk pilihan aku.

sekarang baru aku tahu kenapa aku sentiasa berasa sendirian setiap saat dalam hidup aku. aku sentiasa mencari teman yang sesuai untuk aku rasa aku tidak keseorangan, namun tidak ketemuan. kerana hanya aku yang memilih jalan hidupku. hanya aku yang memilih sahabat-sahabat yang ingin aku kenali dengan rapat. hanya aku yang boleh menentukan untuk menjadi rajin atau malas, baik atau jahat.itulah sebab perasaan "lonely" tak pernah padam....... hanya aku......

No comments: